WANITA DAN AIRMATA

 .



Orang perempuan kebiasannya kerap menangis, maka ia adalah fitrah. Lalu, wanita dan air mata adalah sinonim serta tidak dapat dipisahkan. Hilangnya air mata wanita, akan hilanglah senjata mereka. Kerana seluruh kehidupan mereka bergantung kepada perasaan. Kata pepatah orang putih: “Apabila wanita menangis, maka dunia akan berhenti seketika”, Kerana apa? Kerana apabila wanita menangis, semua orang jadi kelam-kabut.


Air mata adalah nilai yang paling besar pada seorang wanita, kerana itu mereka akan menangis sekiranya terjadi sesuatu yang besar dalam hidup mereka. Jalan terakhir bagi wanita untuk meluahkan sesuatu adalah melalui tangisan mereka kerana mereka sudah tidak mampu untuk meluahkannya melalui kata-kata atau bicara.

Percayalah, mereka tidak akan menangis jika mereka masih berupaya untuk mengungkap sesuatu dengan lisan.



Ketahuilah, apabila wanita menangis, mereka hakikatnya memerlukan perhatian daripada orang yang hampir dan rapat dengan mereka. Jika seorang isteri sedang menangis, sesungguhnya ketika itu dia sangat memerlukan seorang suami berada disisinya untuk mengadu. Jika seorang adik sedang menangis, dia sebenarnya sedang bersedih dan mencari seorang abang untuk menghilangkan rasa dukanya. Apabila seorang sahabat atau kawan anda menangis, dia sedang berharap agar ada seseorang atau sahabat yang hampir dengannya menemani dan memberikan kepadanya sesuatu yang bisa mengembalikan semula semangatnya.


Apabila anda telah membuatkan wanita menangis, anda adalah sebahagian daripada isi hatinya. Oleh yang demikian, jangan sesekali biarkan mereka menangis kerana anda. Ketika hatinya sedang menangis, air matanyalah yang menzahirkan apa yang terbuku di hati. Siapa lagi dihatinya kalau bukan anda yang memaksa mereka untuk mengalirkan air mata!!









Tangisan seorang WANITA menyimpan pelbagai makna yang tidak bisa diketahui oleh orang lelaki.



anda suke ? LIKE okayy !

No comments:

Post a Comment